15.9.11

Kosong

Mengisi gelas yang KOSONG dengan air atau memenuhi gelas yang SEDIA ADA dengan air.
Mengisi atau memenuhi?

MENGISI GELAS KOSONG


Yang tiada sebarang apa-apa
Hanya sedikit perkara asas. Tidak secara melebih-lebih
Hanya tahu tapi tidak pula tahu mengapa dan kenapa
Tidak susah untuk mengisi ruang kosong yang lebar besar tiada berpenghuni
Harap jangan tumpah dan tak melimpah
Semoga berjaya!


MEMENUHI GELAS SEDIA ADA


Yang pasti punya sesuatu-sesuatu
Tahu akan perkara-perkara asas. Hingga sedalam-dalamnya tahu
Tahu mengapa, kenapa, bagaimana dan siapa
Tetapi hanya teori tidak pulak praktikalnya
Berpenghuni dan mungkin susah untuk memenuhi
Kentalkan rasa dan mari mencuba!

MUDAH bersama yang kosong kerana kita juga turut terisi.
Yang sedia ada, degil, kepala batu dan keras hati PAYAH untuk bersama.
Paham?


Elok juga kita persis kanvas. Putih, bersih, kosong, lapang. Tinggal pilih warna apa saja mahu letak.