28.10.11

Kat Mana

Hidup kita ni terlalu selesa berada di zon kalau. 
Kalaulah aku dulu macam tu, confirm hari ni aku tak macam ni. 
Kenapa zon selesa kalau tu kita tukaq dengan zon redha patutlah. 
Patutlah aku macam ni sebab Dia mau kita rapat denganNya.

Post mortem bukan untuk merendahkan tapi untuk menyedarkan. 
Rasa kurang, rasa tak lengkap, rasa sikit ke belakang dan diketepikan itu perkara biasa bang. 
Standard la, dah nama pun kehidupan.
Memang macam tu la ikot mana pun kita duduk.

Hari ini kita terduduk, esok belum pasti. 
Biar kita sentiasa mahu memperbaiki diri pada setiap masa yang mendatang. 
Itu yang paling terpenting baru rasa diri berguna, bergaya dan cool.

Jangan membunuh masa depan demi menghidupkan masa lalu. Biarkan yang lalu persis angin ditiup bayu. FUH.. Puitis sangat..