3.5.12

Sasaran

Lampu isyarat sudah hijau tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi selepas kita melihat di kereta itu tertera tanda L, hati kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh. Dia masih belajar memandu.

Maka itulah yang kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika masih berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangan tetapi apabila kita berterusan belajar semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu, jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat

Belajar tiada 'time frame' tetapi sentiasa berkadar langsung dengan setiap hembusan nafas. Bila kita ambil langkah untuk belajar, disitulah segala titik permulaan dipaksikan walau sedikit demi sedikit. Bukankah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Niat dan belajar demi mendapatkan keredhaan Allah.
Itu yang paling utama.