23.8.12

Sibuk Sungguh

Natijahnya bila cuti raya lama di kampung adalah bila mana hati dan perasaan masih tertinggal di sana.
*Mengeluh..

Setakat hari ini, hanya aku sahaja antara isi rumah sewa yang ada. Hampir ke seluruh blok masih bergelap. Agaknya masih sakan beraya di kampung masing-masing. Termasuk Sha dan Anis. Keadaan yang sama juga di pejabat. Gigih mereka. Gigih dalam terpaksa mungkin.

As planned, Mira bertunang lepas raya. Kami semua memang maha sibuk. Sibuk dengan anak-anak buah. Sibuk dengan persiapan raya. Sibuk dengan majlis pertunangan dan lain dan lain. Hari kejadian, alhamdulillah semuanya went well dan makanan cukup.

Rumah bila mana dah terlalu lama tak buat kenduri memang kelam kabut jadinya. Aku gaya makcik katerer jaga makanan. Sibuk sungguh. Sibuk sampai gambaq pun tak sempat nak snap. Aku kecewa.