7.12.12

Abah

Jadi, beberapa hari lepas, abah under-go pembedahan mata. Aku lupa apa medical term untuk masalah mata abah. Cuma yang pasti lapisan selaput makin menebal. Hari kejadian hanya emak, Ateh, Mira dan of course Aqilah yang macam doormat follow kakak aku ke mana saja (unless sekolah) teman abah ke medical center. Adik beradik yang lain hanya visit selepas hari pembedahan.

Tangguh sudah berapa tahun lamanya, just this recently abah angguk nak proceed.. Sebab apa, kami anak-anak tak penah bertanya. Takut nanti berkecil hati. Jadi kami teruskan untuk first minor surgery. Second surgery akan ditentukan lepas keadaan mata abah pulih.

Aku? Hanya doa dari kejauhan mohon Allah permudahkan semua untuk abah dan kami sekeluarga.