9.7.13

10

Wanita yang aku jangka seusia kakak sulung aku berkongsi perihal ibunya yang dimasukkan ke hospital Taiping kerana sakit yang sama seperti ibuku.

Kami bertukar cerita sepanjang dua hari berada di sana. Ditanyanya tentang keluargaku. Aku menjawab 10 semuanya termasuk aku. Perkataan pertama yang keluar dari mulutnya sepanjang 25 tahun hidupku. Dengan lembut tuturnya, dia ucap,

Alhamdulillah..

Aku tersenyum. Agaknya dia pun seperti aku. Selesai berbual, dia meminta diri untuk pulang dan mendoakan kesihatan ibuku. 

Bukan angka tetapi rahmat yang harus kita kira walau tak terkira rahmat Allah untuk kita. Bukankah setiap anak itu membawa rezeki yang berbeza?